Jumat, 31 Januari 2014
Berita Lelaki Makan 25 000 Burger Sejak 1972
Memang hebat mamat ni kerana makan burger selama 39 tahun. Patutlah dapat penghargaan daripada Mc Donalds. Langsung tak rasa jemu ker?
WISCONSIN: Seorang pesara bekas pengawal keselamatan penjara mencatat rekod orang paling banyak makan burger Big Mac, produk keluaran restoran makanan segera McDonald’s.
“Saya bercadang makan Big Mac sampai mati. Saya tidak akan mengubah selera saya. Ia masih menjadi makanan kegemaran saya. Tiada berubah sejak 39 tahun lalu. Saya memang menanti untuk makan burger itu setiap hari,” katanya.
Sebelum makan burger ke 25,000 itu, beliau turut menunjukkan beberapa jenis kartun dan cerita mengenai Big Mac dikumpul sejak beberapa tahun lalu.
“Sudah masuk tujuh tahun sejak burger ke 20,000. Benda sama akan saya lakukan.
Mungkin mengambil 16 gigitan untuk habiskan burger ini,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai yang hadir menyaksikan majlis itu. – AP
-sumber-
Kamis, 30 Januari 2014
Tragis! Hendak Minta Tolong Namun Lelaki Ini Ditembak Mati Oleh Polis
Jonathan Ferrell (nydailynews.com)
North Carolina - Tragis! Seorang lelaki di Amerika Syarikat hendak minta bantuan polis , namun malah ditembak mati. Lelaki ini mengalami kecelakaan ketika memandu keretanya dan mendatangi polis untuk minta bantuan, namun dicurigai sebagai penjahat.
Seorang polis di Charlotte, North Carolina, AS diadili atas dakwaan pembunuhan tidak sengaja terhadap lelaki bernama Jonathan Ferrell ini. Seperti dilansir Reuters, Isnin (16/9/2013), peguam mangsa meyakini bahawa isu warna kulit memainkan peranan penting dalam kes ini. Sebabnya, Ferrell merupakan keturunan Afrika-Amerika.
"Jika Ferrel bukan lelaki kulit hitam atau cokelat, apakah mereka akan menanyainya sebelum menghujaninya dengan peluru?" ucap peguam korban, Chris Chestnut yang meminta seluruh bukti lengkap dari polis atas penembakan tersebut.
Menurut Chestnut, Ferrell mendatangi rumah seorang warga untuk minta bantuan, usai mengalami kecelakaan pada Sabtu (14/9) dini hari. Wanita pemilik yang membukakan pintu langsung menghubungi 911 kerana mencurigainya. Tampaknya, wanita ini tidak menyedari bahawa Ferrel baru saja merangkak keluar dari keretanya yang mengalami kecelakaan di hutan setempat.
Tak lama kemudian, datanglah tiga orang polis ke lokasi. Ferrel masih berada di dekat rumah wanita tersebut. Begitu melihat polis keluar dari kereta , Ferrel langsung berlari mendekati mereka.
Menurut Polis Charlotte-Mecklenburg, salah satu polis berusaha melumpuhkan Ferrel dengan taser atau alat kejut listrik, namun gagal. Ferrel tetap berlari mendekat.
Hingga akhirnya, seorang polis lainnya yang bernama Randall Kerrick melepas tembakan ke arah Ferrell beberapa kali dengan pistolnya. Tembakan tersebut menyebabkan kematian Ferrell yang berusia 24 tahun ini.
Polis baru menemukan kereta Ferrel yang mengalami kecelakaan pada keesokan harinya. Ketiga polis yang terlibat insiden ini pun dinonaktifkan dan sedang menjalani pemeriksaan internal.
Polis yang bernama Randall Kerrick dijerat dakwaan pembunuhan. "Penyiasatan kami menunjukkan bahawa Kerrick tidak memiliki hak untuk menggunakan senjatanya dalam insiden ini," demikian pernyataan polis setempat.
Ferrell sendiri diketahui merupakan mantan pemain futbol di Florida A&M University di Tallahassee. Baru-baru ini, dia pindah ke Charlotte dengan kekasihnya untuk melanjutkan kuliahnya di Johnson C. Smith University. Pihak universiti di Florida menyatakan bahawa Ferrell seorang pemain futbol handalan.

Sumber:detikNews
Rabu, 01 Januari 2014
FRU mahu surai perhimpunan dengan kimia busuk
Seorang pegawai polis Bukit Aman berkata, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) "berangan-angan" untuk menggunakan bahan kimia berbau busuk pada meriam air bagi menyuraikan peserta perhimpunan.
ACP Jamaluddin Abdul Rahman yang bertugas di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman berkata, perkara itu bagaimanapun masih belum dikaji.
"Kita tembak, bila dia rasa busuk, nak pergi pusat membeli belah dah tak boleh. Dia akan (terus) balik rumah.
"Kita akan minta orang untuk cipta. Kita cuma angan-angan sahaja. Idea itu belum ada kajian," kata Jamaluddin ketika memberi penerangan kepada panel siasatan awam perhimpunan BERSIH 3.0.
Panel Suhakam seterusnya meminta Jamaluddin menjelaskan sama ada cecair berbau busuk itu pernah digunakan di mana-mana negara.Jamaluddin berkata, beliau tidak pasti sama ada ia pernah digunakan di negara lain, namun berpendapat ia mungkin boleh berkesan untuk tujuan penyuraian.
Dalam penerangannya itu, Jamaluddin antara lainnya menjelaskan mengenai jenis cecair dan kaedah untuk mengendalikan trak meriam air milik FRU.
Dalam sesi lawatan selama kira-kira dua jam itu, anggota panel Suhakam turut ditunjukkan demonstrasi tembakan gas pemedih mata FRU dan prosedur arahan yang dilakukan pasukan itu sebelum melepaskan gas dan meriam air.
Selain itu, panel itu juga meneliti contoh kesan tapak kasut anggota FRU sebagai perbandingan kepada dakwaan seorang peserta perhimpunan didakwa dipijak anggota pasukan itu.
Jamaluddin berkata, anggota FRU hanya melepaskan tembakan ke arah atas kumpulan peserta perhimpunan – yang membolehkan kanister gas tersebut dilepaskan ke jarak sehingga 100 hingga 150 meter.
"Tak ada tembakan ke depan atau ke bawah," katanya ketika diminta menjelaskan dakwaan seorang peserta perhimpunan, Chong Min Shih, yang mengadu cedera akibat terkena tembakan kanister gas.
Menurut Jamaluddin lagi, pada perhimpunan BERSIH 3.0, penggunaan peluru bagi gas pemedih mata adalah paling terbanyak iaitu 900 peluru- berbanding perhimpunan BERSIH sebelum itu.
Jamaluddin menjelaskan ini kerana jumlah peserta yang lebih besar berbanding perhimpunan lain.
"Dalam tempoh lima jam, dengan empat pasukan, sebanyak 900 peluru digunakan. Ini kita lakukan tembakan secara berkala.
Pada sesi lawatan itu, Jamaluddin dibantu oleh Pegawai Pemerintah Unit 1 FRU, Supt Zahri Mohd Yusoff untuk memberi penerangan.
Semasa perhimpunan BERSIH 3.0 lalu, Zahri merupakan orang yang bertanggungjawab memasang wayar berduri (razor wire) di enam buah lokasi berhampiran Dataran Merdeka.
Sesi lawatan ke Kompleks FRU di Kuala Lumpur hari ini diketuai oleh Pesuruhjaya Suhakam, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada siasatan awam berkenaan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia semasa dan selepas perhimpunan pada 28 April lalu.
Baju Perisai Pemburu Beruang Siberian 1800s
Seriously Extreme Safe!

Langganan:
Komentar (Atom)