Selasa, 17 Desember 2013
6 Ribu Guru Berbaris Di Tepi Jalan
6 Ribu Guru Berbaris Di Tepi Jalan - COPENHAGEN : Seramai 6,000 orang guru di sini sanggup berbaris di tepi sebatang jalan sepanjang 35 kilometer di Denmark semalam.
Guru-guru tersebut berbaris di sebatang jalan utama di antara bandar raya Copenhagen dan bandar Roskilde bagi membantah keputusan pihak majlis perbandaran yang tidak membenarkan mereka mengajar di sekolah-sekolah.
Pihak majlis perbandaran tempatan melaksanakan larangan itu selepas kata sepakat gagal dicapai berhubung jumlah jam yang diperuntukkan untuk guru-guru mengajar di sekolah.
Kerajaan Denmark mahu guru-guru diperuntukkan jumlah jam yang lebih banyak untuk mengajar.
Bagaimanapun, kesatuan guru menolak tuntutan tersebut.
Larangan terhadap 52,000 guru untuk mengajar itu menjejaskan kira-kira 875,000 pelajar di kebanyakan sekolah rendah dan menengah. – AP
Related Posts : 6,
berbaris,
di,
guru,
jalan,
ribu,
tepi
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar